Program Da’i Musim Ke-5 (2017) HDTV

FAST DOWNLOAD
Da’i Musim Ke-5 (2017)

Program Da’i Musim Ke-5 (2017) HDTV Pencurimovie

Tajuk: Da’i Musim Ke-5 (2017)
Channel: TV3
Mula Tayangan: 16 Julai 2017
Masa: [Setiap Ahad, 9.00 mlm]
Jumlah Episod: 12
Info: Program keagamaan Da’i Pendakwah Nusantara kembali untuk musim ke lima dengan memperkenalkan slogan baharu iaitu ‘Refleksi Diri Penggerak Dakwah’ yang membawa maksud, seseorang individu yang sentiasa bermuhasabah diri, imejnya akan mencerminkan keperibadian baiknya sebagai lambang keimanan dan keindahan Agama Islam.

FAST DOWNLOAD
Seramai 12 orang peserta telah dipilih melalui sesi uji bakat yang berlangsung sepanjang bulan Mac yang lalu. Da’i musim ini masih mengekalkan Datuk Ustaz Kazim Elias sebagai Mursyid (Ketua Pengajar), dibantu Murabbi (tenaga pengajar) terdiri daripada Ustaz Roslan Mohamed dan Ustazah Asni Abu Mansor Al-Hafizah. Para peserta akan dinilai oleh para juri professional iaitu Ustaz Mohamad Zarifi Mohamad Daud dan Prof Madya Dr Sharifah Haayati Syed Ismail. Da’i Musim Ke-5 bakal menemui penonton bermula bermula 16 Julai ini, bersiaran setiap hari Ahad jam 9 malam di TV3. Program ini dihoskan oleh Datuk Rosyam Nor selaku pengacara utama dan Tuan Haji Zainal Ariffin Ismail selaku pengacara bersama Da’i Pendakwah Nusantara.
Para peserta akan diberikan masa 3 hingga 5 minit untuk mempersembahkan tazkirah mereka dengan cara yang kreatif dan unik. Persembahan mereka akan dinilai oleh 10 orang juri awam, para murabbi dan juri tetap. Peranan murabbi dan juri tetap adalah untuk memastikan pengisian tazkirah yang disampaikan itu adalah sahih, lantas memberikan markah kepada mereka.
Sistem pemarkahan untuk musim ini adalah 70% dari juri tetap, iaitu Ustaz Zarifi Daud dan Prof. Madya Dr. Sharifah Haayati Syed Ismail masing-masing akan mengadili dari sudut isi dan hafazan sebanyak (35%), manakala (35%) lagi adalah melalui personaliti serta gaya persembahan. 20% akan diberikan oleh Murabbi iaitu Ustaz Roslan Mohamed dan Ustazah Asni Al-Hafizah. Akhir sekali, 10% dari juri awam yang diundang pada setiap episod.
Penonton juga berpeluang untuk menyaksikan Jurnal Da’i yang bakal disiarkan pada hari Ahad, jam 6.00 petang dan akan dihoskan oleh Da’i Syed (musim ke-4). Jurnal Da’i akan memaparkan perjalanan pembelajaran mereka sebelum bergelar Da’i, di belakang tabir kelas bersama Murabbi dan Mursyid, aktiviti-aktiviti riadah dan juga aktiviti bersama penaja.
Juara Da’i Pendakwah Nusantara bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000, trofi dan pakej umrah. Pemenang saguhati pula mendapat wang tunai berjumlah RM5,000 beserta trofi setiap seorang.

Senarai Peserta Da’i 5 (2017)

  1. Dai Aiman – AIMAN SUFYAN B. AEZMAN (27), Selangor
  2. Dai Hakim – MUHAMMAD LUQMAN HAKIM B. OTHMAN (22), Selangor
  3. Dai Samsuddin – SAMSUDIN B. IBRAHIM (20), Sabah
  4. Dai Izzuddin – MUHAMMAD IZZUDDIN B. MOHD NASIR (19), Kelantan
  5. Dai Fahmi – MUHAMMAD FAHMI B. ZULKIFLY (19), Melaka
  6. Dai Muhammad – MUHAMMAD LUQMAN B. ROSLAN (18), Kuala Lumpur
  7. Dai Ilhami – ILHAMI NADHRAH BT. HAMZAH (24), Terengganu
  8. Dai Afiqah – NUR AFIQAH BT. MAHMUD (22), Kedah
  9. Dai Syafiqah – NURUL SYAFIQAH BT. MOHAMEED HANAFIAH (21), Selangor
  10. Dai Adneen – NIK NUR ADNEEN BT. ISMAIL (21), Terengganu
  11. Dai Zahirah – NOR ZAHIRAH BT. MOHD JOHARI (20), Kedah
  12. Dai Humairah – HANIN HUMAIRA’ BT. MOHAMMAD AKHIR (19), Kedah

 

Tonton Da’i 5 (2017) Full Episod

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5 Episod 6 Episod 7
Episod 8 Episod 9 Episod 10 Episod 11 Episod 12

Download Da’i 5 (2017) Full Episod

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5 Episod 6 Episod 7
Episod 8 Episod 9 Episod 10 Episod 11 Episod 12
FAST DOWNLOAD

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*